
Monday, 23 April 2012
Tuesday, 17 April 2012
HALA TUJU KEPIMPINAN SK CONVENT KOTA,TAIPING
Penyataan Visi dan Misi dibentuk berdasarkan FPK,wawasan negara dan perkembangan organisasi telah dapat di sebar luas kepada warga sekolah,dihayati dan di terjemah dalam program dan aktiviti dalam jangka masa tertentu, telah dapat memberikan impak kepada warga sekolah.
Visi dan misi telah dikaji semula,telah dibina secara kolaktif dan telah disebar siarkan kepada semua warga sekolah dalam agenda perancangan,cetakan fail-'Smart Organiser'.
Kepimpinan Guru Besar cuba menarajui,menggerakkan seluruh warga bagi mencapai visi dan misi melalui pelbagai kaedah dan gaya kepimpinan bagi mewujudkan kumpulan kerja sepasukan yang mantap,mengenalpasti masalah dan konflik,menggalakkan budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang yang progresif.
Sentiasa mengamalkan sistem komunikasi berkesan semasa berinteraksi,merangsang percambahan minda dan keputusan secara kolektif dan koleboratif.Juga memberi suntikan motivasi dan dorongan untuk membangunkan keyakinan serta budaya maju dan kompetatif demi pembangunan organisasi dan warga (staf dan pelajar) melalui peranan sebagai pemimpin kurikulum,pengamal konsep pengupayaan kepada Penolong-Penolong kanan,Ketua-Ketua Bidang/Panitia dalam usaha pemantuaun dan penilaian pelaksanaan tugas
Visi dan misi telah dikaji semula,telah dibina secara kolaktif dan telah disebar siarkan kepada semua warga sekolah dalam agenda perancangan,cetakan fail-'Smart Organiser'.
Kepimpinan Guru Besar cuba menarajui,menggerakkan seluruh warga bagi mencapai visi dan misi melalui pelbagai kaedah dan gaya kepimpinan bagi mewujudkan kumpulan kerja sepasukan yang mantap,mengenalpasti masalah dan konflik,menggalakkan budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang yang progresif.
Sentiasa mengamalkan sistem komunikasi berkesan semasa berinteraksi,merangsang percambahan minda dan keputusan secara kolektif dan koleboratif.Juga memberi suntikan motivasi dan dorongan untuk membangunkan keyakinan serta budaya maju dan kompetatif demi pembangunan organisasi dan warga (staf dan pelajar) melalui peranan sebagai pemimpin kurikulum,pengamal konsep pengupayaan kepada Penolong-Penolong kanan,Ketua-Ketua Bidang/Panitia dalam usaha pemantuaun dan penilaian pelaksanaan tugas
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
KOD SEKOLAH : ABB 6068
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : SK CONVENT KOTA,JALAN CONVENT
34000 TAIPING,PERAK
TARIKH PENUBUHAN : 1938
GRED SEKOLAH : A
GURU BESAR : PN ZAKIAH BT GHAZALI
NO.TELEFON PEJABAT : 05-8072478
NO.FAKS : 05-8064492
ALAMAT E-MAIL : conventkota@yahoo.com.my
LAMAN WEB SEKOLAH : www.geocities.com/skconventkota
JUMLAH PELAJAR : 609 ORANG
JUMLAH GURU : 45 ORANG
JUMLAH BUKAN GURU : 6 ORANG
KAWASAN BANDARAN : KAWASAN TAIPING
PPG/PPD : LARUT MATANG DAN SELAMA
SESI PERSEKOLAHAN : PAGI DAN PETANG
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Kuasa autonomi SBT dinilai sepanjang masa
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada tulisan Mohamad Asri Shafii, Exco GPMS Perak dalam ruangan Forum pada 22 Februari 2010 bertajuk Pantau autonomi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Kuasa autonomi yang diberi kepada pengetua atau guru besar secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan sekolah. Mereka akan dipantau, dibimbing dan dinilai dari semasa ke semasa dengan fokus kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke arah trend menaik, oleh pihak BPSBPSK, JPN dan PPD. Jabatan Pelajaran Negeri adalah kuasa pendaftar yang bertanggungjawab ke atas sekolah di negeri masing-masing.
Pengetua atau guru besar khasnya di SBT, tahu bidang kuasa masing- masing dan akur akan punca kuasa yang ada. Kelonggaran diberi dalam hal pelaksanaan asalkan tidak berlaku violation, incompetence dan negligence dalam pelaksanaan dasar tersebut. Pihak BPSBPSK, JPN dan PPD bertanggungjawab memberikan bimbingan yang diperlukan oleh pihak sekolah.
Pelajar yang lemah atau kurang cemerlang tidak dinafikan hak mereka untuk bersekolah di SBT. Pengambilan murid ke SBT mengikut dasar yang sedia ada. Antara sekolah harian yang terpilih sebagai SBT ini adalah sekolah kluster yang muridnya mempunyai tahap pencapaian normal (biasa). Tetapi pencapaian mereka dapat ditingkatkan melalui tunjuk ajar guru yang rajin, bersikap profesional, positif dan bantuan daripada ibu bapa yang mempercepat murid menguasai 3M.
Dasar Pendidikan Negara akan terus disuburkan. Dalam pelaksanaan sekolah kluster perkara ini sudah terbukti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tetap dipatuhi oleh sekolah. Ketidakpatuhan terhadap FPK dianggap sebagai violation yang serius. Pengetua atau guru besar mesti berupaya menterjemahkan FPK dalam proses pendidikan di sekolah masing-masing.
SBT akan menjadi sekolah anak kapitalis kerana pembiayaan yang tinggi dan tidak dapat dipenuhi oleh keluarga berpendapatan rendah mungkin tinggal sebagai satu andaian. Ini kerana bayaran yang akan dikenakan atas murid perlu mendapat persetujuan dalam mesyuarat PIBG terlebih dahulu. Manakala yuran sekolah pula perlu mendapat kelulusan pihak JPN sebelum dikutip.
Kuasa autonomi yang diberi kepada pengetua guru besar SBT tidak akan menjejaskan kewibawaan JPN dan PPD. Dasar KPM yang sedia ada akan terus dipatuhi. Pemantauan, bimbingan dan penilaian akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pihak BPSBPSK, JPN dan PPD ke atas SBT, dengan fokus utama ke arah peningkatan prestasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Insya-Allah atas keprihatinan dan kerjasama semua pihak, SBT tidak akan menjadi sekolah anak kapitalis.
Thursday, 12 April 2012
Convent Culture
O Wnership & Optimistic
N Urturing Cultural Diversity
V Irtue & Visionary
E Xcellent & Enhancement
N Otify Key Personnel
T Owering Personality & Teamwork
C Ommitment High Accountability
U Nity & Integrity
L Eadership Coaching & Mentoring
T HinkingOut Of The Box
U Nderstanding & Accepting
R Eassuring & Trusting
E Xploring New Ideas
Budaya Sekolah (Etos)
>> Mengamalkan tradisi budaya kerja cemerlang dalam organisasi
• Setiap warga Convent sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
• Etika kerja yang diamalkan selaras dengan Moto Sekolah ‘Tulus Dengan Fadhilah, Azam Dengan Bakti'
• Komited dan mahir agar P&P yang berkualiti, berkesan dan terancang dapat diakseskan.
VISI
|
Menjadikan SK Convent Kota Taiping
Sekolah Berprestasi Tinggi
Yang Terkemuka Menjelang 2020.
MISI
|
Menjayakan Program Pendidikan
Bertaraf Dunia Untuk Melahirkan Generasi
Berminda Kelas Pertama
PIAGAM
|
Memberikan Khidmat Yang Mesra dan Bantuan Segera Kepada Setiap Individu
Mewujudkan Iklim Dan Persekitaran Persekolahan Yang Bersih, Indah, Ceria Dan Sihat.
Mengamalkan Sikap Kekeluargaan, Keterbukaan, Dan Hubungan Yang Erat Dengan Ibu Bapa, Pelajar dan Masyarakat.
Mengutamakan Usaha-Usaha Ke Arah Menyemaikan Nilai-Nilai Murni Dan Positif.
MOTO
|
'TULUS DENGAN FADHILAH, AZAM DENGAN BAKTI'
'SIMPLE IN VIRTUE, STEADFAST IN DUTY'
PERAK DARUL RIDZUAN
PROFIL SEKOLAH
Pada 1 Januari 1938, “ SEKOLAH CONVENT KOTA ” telah dibina dan dirasmikan pada 1 Jun 1938. Sekolah ini mengandungi 14 bilik darjah, 342 orang murid dan 12 orang guru. Sewaktu Perang Dunia Kedua pada tahun 1944, Convent Kota telah dijadikan markas terbesar Tentera Jepun. Pada bulan Ogos 1945 Jepun menyerah kalah. Tentera British mengambil alih Convent Kota dan menempatkan tahanan mereka di Klian Pauh.
Convent dibuka semula dibawah pimpinan Mother St. John Baptist. Pada bulan Oktober 1945, Sekolah Convent Kota dijadikan sekolah dua sesi, pagi dan petang. Bilangan murid bertambah menjadi 720 orang dengan guru seramai 20 orang. Perayaan “Golden Jubilee” telah diadakan pada tahun 1949 bagi memperingati penubuhannya yang ke 50 tahun.
Menjelang tahun 1951, bidang pelajaran menjadi semakin maju dan institusi sekolah menjadi semakin penting. Bilangan murid di sekolah rendah meningkat kepada 1034 orang dengan 39 orang guru. Prestasi Convent Kota meningkat dan berkembang maju dari tahun ke tahun. Bilangan murid yang semakin bertambah menyebabkan kekurangan tempat. Bagi mengatasi masalah ini “Notre Dame” iaitu Sekolah Kebangsaan Convent Kota yang ada pada hari ini yang boleh memuatkan kira-kira 1000 orang murid telah dibina.
Pada 1.6.1964 dengan arahan Tuan Pengarah Pelajaran Perak, sebahagian daripada murid-murid Sekolah Klian Pauh dipindahkan ke Convent Kota yang terdiri daripada 17 buah kelas. Sehingga kini bangunan SK Convent Kota masih lagi kukuh berdiri cuma panoramanya sudah banyak berubah seiring dengan perubahan masa dan zaman. Kini SK Convent Kota mempunyai seramai 45 orang guru dan 589 orang murid.
Monday, 2 April 2012
SeJaRaH cOnVeNt
- Sejarah Sekolah Kebangsaan Convent telah bermula pada 1933:
1933 - Sekolah Infant Jesus Convent , Muar ditubuhkan sebagai cawangan dari Sekolah Convent Melaka oleh badan Sisters Of Infant Jesus .Sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah rendah dengan seramai 50 orang murid dan 2 orang guru . Bangunan sekolah ini disewa dan terletak di Jalan Ali.
1945 - Sekolah Infant Jesus berpindah pula le Jalan lama , Muar dan pengajaran diteruskan di tapak ini sebelum dan selepas Perang Dunia Ke - 2.
1949 - Satu tapak baru telah dibina di Jalan Daud , Muar. Luasnya 3 ekar dan 2 rods serta 37 poles.Ia terus kekel sehingga hari ini dan di sinilah terletaknya sekolah rendah dan sekolah menengah Convent , Muar , Johor. Sekolah Infant Jesus Convent , Muar telah dibuka dengan rasminya pada 4 November 1949 oleh En. Faulkner dari Melaka dan En Holgate , Pengarah Pelajaran Johor.
- Pada masa itu , bilangan murid adalah 240 orang.
1950 - Bilangan murid telah meningkat kepada 310 orang.
1951 - Satu blok yang mengandungi 6 bilik darjah dan sebuah dewan telah dibina.Rumah-rumah juga dibina untuk guru-guru yang datang dari Melaka , tetapi sister-sister terpaksa berulang - alik setiap hari dari Melaka.Kini rumah - rumah guru itu telah menjadi bangunan bagi Taman Didikan Kanak-kanak.
1954 - 1 blok bilik darjah dibina khas untuk murid-murid sekolah menengah dan dalam tahun
1960 an bangunan sekloah dibahagikan kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
1959 - Bangunan kantin yang terletak di sebelah bangunan sekolah menengah telah dirobohkan.Satu blok bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah telah dibina di tapak ini untuk menampung bilangan murid yang terus bertambah.
1962 - Sekolah ini telah menyambut 300 tahun Convent seluruh dunia.
- Sejak awal lagi , Sekolah Rendah Kebangsaan Convent sentiasa menggalakkan penyertaan yang luas dalam segala bidang.Ramai murid Sekolah Rendah Kebangsaan Convent telah berjaya dalam berbagai pertandingan baik dalam bidang kurikulum mahupun dalam bidang kokurikulum di peringkat negeri dan juga kebangsaan.Semenjak sekolah ditubuhkan sehinggalah ia menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan , Guru Besar sekolah ini kesemuanya terdiri daripada 'Sisters`.Hanya pada tahun 1989, Guru Besar dilantik dari luar badan 'Sisters Of The Infant Jesus`.
Subscribe to:
Posts (Atom)