PERAK DARUL RIDZUAN
PROFIL SEKOLAH
Pada 1 Januari 1938, “ SEKOLAH CONVENT KOTA ” telah dibina dan dirasmikan pada 1 Jun 1938. Sekolah ini mengandungi 14 bilik darjah, 342 orang murid dan 12 orang guru. Sewaktu Perang Dunia Kedua pada tahun 1944, Convent Kota telah dijadikan markas terbesar Tentera Jepun. Pada bulan Ogos 1945 Jepun menyerah kalah. Tentera British mengambil alih Convent Kota dan menempatkan tahanan mereka di Klian Pauh.
Convent dibuka semula dibawah pimpinan Mother St. John Baptist. Pada bulan Oktober 1945, Sekolah Convent Kota dijadikan sekolah dua sesi, pagi dan petang. Bilangan murid bertambah menjadi 720 orang dengan guru seramai 20 orang. Perayaan “Golden Jubilee” telah diadakan pada tahun 1949 bagi memperingati penubuhannya yang ke 50 tahun.
Menjelang tahun 1951, bidang pelajaran menjadi semakin maju dan institusi sekolah menjadi semakin penting. Bilangan murid di sekolah rendah meningkat kepada 1034 orang dengan 39 orang guru. Prestasi Convent Kota meningkat dan berkembang maju dari tahun ke tahun. Bilangan murid yang semakin bertambah menyebabkan kekurangan tempat. Bagi mengatasi masalah ini “Notre Dame” iaitu Sekolah Kebangsaan Convent Kota yang ada pada hari ini yang boleh memuatkan kira-kira 1000 orang murid telah dibina.
Pada 1.6.1964 dengan arahan Tuan Pengarah Pelajaran Perak, sebahagian daripada murid-murid Sekolah Klian Pauh dipindahkan ke Convent Kota yang terdiri daripada 17 buah kelas. Sehingga kini bangunan SK Convent Kota masih lagi kukuh berdiri cuma panoramanya sudah banyak berubah seiring dengan perubahan masa dan zaman. Kini SK Convent Kota mempunyai seramai 45 orang guru dan 589 orang murid.
No comments:
Post a Comment