SeJaRaH cOnVeNt
Sejarah Sekolah Kebangsaan Convent telah bermula pada 1933:
1933 - Sekolah Infant Jesus Convent , Muar ditubuhkan sebagai cawangan dari Sekolah Convent Melaka oleh badan Sisters Of Infant Jesus .Sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah rendah dengan seramai 50 orang murid dan 2 orang guru . Bangunan sekolah ini disewa dan terletak di Jalan Ali.
1945 - Sekolah Infant Jesus berpindah pula le Jalan lama , Muar dan pengajaran diteruskan di tapak ini sebelum dan selepas Perang Dunia Ke - 2.
1949 - Satu tapak baru telah dibina di Jalan Daud , Muar. Luasnya 3 ekar dan 2 rods serta 37 poles.Ia terus kekel sehingga hari ini dan di sinilah terletaknya sekolah rendah dan sekolah menengah Convent , Muar , Johor. Sekolah Infant Jesus Convent , Muar telah dibuka dengan rasminya pada 4 November 1949 oleh En. Faulkner dari Melaka dan En Holgate , Pengarah Pelajaran Johor.
Pada masa itu , bilangan murid adalah 240 orang.
1950 - Bilangan murid telah meningkat kepada 310 orang.
1951 - Satu blok yang mengandungi 6 bilik darjah dan sebuah dewan telah dibina.Rumah-rumah juga dibina untuk guru-guru yang datang dari Melaka , tetapi sister-sister terpaksa berulang - alik setiap hari dari Melaka.Kini rumah - rumah guru itu telah menjadi bangunan bagi Taman Didikan Kanak-kanak.
1954 - 1 blok bilik darjah dibina khas untuk murid-murid sekolah menengah dan dalam tahun
1960 an bangunan sekloah dibahagikan kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
1959 - Bangunan kantin yang terletak di sebelah bangunan sekolah menengah telah dirobohkan.Satu blok bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah telah dibina di tapak ini untuk menampung bilangan murid yang terus bertambah.
1962 - Sekolah ini telah menyambut 300 tahun Convent seluruh dunia.
Sejak awal lagi , Sekolah Rendah Kebangsaan Convent sentiasa menggalakkan penyertaan yang luas dalam segala bidang.Ramai murid Sekolah Rendah Kebangsaan Convent telah berjaya dalam berbagai pertandingan baik dalam bidang kurikulum mahupun dalam bidang kokurikulum di peringkat negeri dan juga kebangsaan.Semenjak sekolah ditubuhkan sehinggalah ia menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan , Guru Besar sekolah ini kesemuanya terdiri daripada 'Sisters`.Hanya pada tahun 1989, Guru Besar dilantik dari luar badan 'Sisters Of The Infant Jesus`.
No comments:
Post a Comment